Sunday, March 28, 2010

BILA KERJA MENJADI RUTIN

Salam dan ceria selalu!
Ramai yang cakap,hari Isnin adalah....."Monday Blues"...
Bacalah semua post di facebook,friendster,yahoo messenger...
semua kata boringnya isnin...kerja banyak...
Sebenarnya,saya pun seperti anda..apatah lagi bila kerja menjadi rutin.
Lama kelamaan,ia membosankan anda. Anda teringat semua stress dan beban
yang ditinggalkan bila malam hari Jumaat,Sabtu dan Ahad..
Petang Ahad..Monday Blues dah menghantui diri anda..Aduuhh..alangkah baiknya
kalau jadi kaya...senang kerja dari rumah..senang boleh layan ASTRO..
Hmpph...?macamana ye?
Hilangkanlah kebosanan anda dengan:
1)Cerminan Diri
Senyumlah! Kerana senyuman menggerakkan otot2 muka yg sedikit
berbanding masam mencuka dan bermuram durja. Memang nampak
macam orang gila..apa hal plak nak senyum sorang2?..Orang pertama
yang perlu anda beri hadiah dan galakkan adalah DIRI ANDA SENDIRI.
Berkatalah!Pada diri anda bahawa anda BERTUAH kerana hidup sehari
lagi untuk lakukan sesuatu yang terbaik hari ini. Mahukah hari anda serupa
seperti hari semalam?Hidup berulang-ulang tanpa pembaharuan?
Berazamlah!Hari ISNIN YANG PERTAMA ini,saya ingin melakukan
kebaikan...ambillah yang senang dahulu..contohnya, Hari ini saya
mahu menghadiahkan senyuman pada bos saya yang garang tu!
SILAKAN!Walaupun dia tetap membalas dengan muka "garam"nya,
eleh!sebenarnya hati dia tersentuh anda senyum padanya..almaklumla..dia
yang lebih byk duit dari anda sendiri kedekut senyum,anda yang poket
selalu berlubang sampai hujung bulan pun murah hati..saje je dia tu tunjuk
sombong..pasti ada kawan2 yg lain menghargai dan membalas senyuman
anda!CUBALAH!:)
Lakukan Dahulu Langkah2 Mudah Tadi...MudahJe!
Tak Payah Guna Sesen Pun..Anda Mungkin Tak
Dapat Duit Banyak,Tapi Senyuman Anda Telah Menceriakan
Hati Orang Lain..Mereka pun Sama Macam Anda...Monday Blues
Jugak...:)Dapat Kawan Ramai...Mesti Ramai Yang Menegur..
Mana tau,Ada Yang Sudi Belanja Sarapan!
SENYUMLAH!!